Pages

adverlts

advertlets

Friday, August 12, 2011

4 tips supaya jarang sakit...


Di antara rakan-rakan kerja korang, pasti ada orang yang sering sakit. Entah itu selesema, cirit birit, sakit kepala, gastrik, atau apalah .... Rasanya sakit menjadi salah satu sahabatnya. Tetapi,ada juga orang yang kelihatan selalu fit, dan tak pernah sakit. Ia tidak pernah masuk angin, bersin, atau radang kerongkong.Orang ini tak pernah ketinggalan selama masa kerjanya yang 10tahun. Pasti anda ingin tahu, apa rahsianya agar selalu fit.

Dalam bukunya, The Secrets of People Who Never Get Sick,Gene Stone memaparkan hasil kajiannya mengenai apa yang menyebabkan seseorang boleh selalu sihat. Menurutnya, ada beberapa perkara mengejutkan yang boleh kita lakukan untukmengusir penyakit dan jangkitan.

1. Mandi air sejuk
Banyak orang yang takut mandi air sejuk, bahkan khuatir akan mudah masuk angin bila mandi tanpa air suam. Tetapi menurutStone, kajian menunjukkan bahawa mandi air sejuk boleh membantu meningkatkan jumlah sel-sel darah putih. Sel-sel darah putih ini boleh membantu mengusir penyakit dari tubuh anda.

2. Mengunyah bawang putih mentah
Pilih mana, nafas anda dikatakan bau bawang, atau sihat?Sekali lagi Stone menunjukkan hasil kajian, di mana bawangputih disebut memiliki sebatian antimikrob yang kuat, yang bolehmembantu anda tetap sihat. Agar nafas anda tidak terlaluberaroma bawang putih, hancur kan bawang terlebih dahulu, lalutelan semuanya dengan menggunakan satu sudu teh sos epal.

3. Minum air panas yang diberi yis bir
Seperti apa rasanya? Hm ... perlukah dibahas lebih lanjut? Yang pasti, ramuan ini telah terbukti mampu mengusir virus influenza,cirit birit, dan jangkitan saluran pernafasan.

4. Hanya minum minuman panas
Misalnya, air panas yang diberi perahan limau, teh, kopi, atau apa-apa yang diberikan hangat atau panas. Minum lebih banyakcecair panas semasa musim selesema boleh meningkatkansistem kekebalan tubuh anda
.

No comments:

Post a Comment